Rabu, 27 Januari 2010

Majlis Pelantikan Kapten Rumah Sukan dan Pengerusi Kelab Sukan & Permainan


Tahniah
























En. Mohd Yusri sedang memberikan kata2 semangat kepada murid2 Munshi


Tahniah

Rajin2 buat kerja ya!


Mesti Menang !


GPK Koku sedang mengumumkan nama 2 kapten

Perhimpunan rasmi kali keempat pada Selasa lepas telah diadakan khusus bagi majlis pelantikan kapten rumah sukan dan pengerusi kelab sukan dan permainan bagi sesi 2010. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tn. Pengetua, En. Md. Ali bin Saed. Beliau mengucapkan syabas kepada mereka yang telah dilantik dan berharap agar dapat memainkan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab bagi mempastikan matlamat untuk menjadi juara dapat dicapai.

Sebanyak enam buah rumah sukan terdapat di SMK Munshi Abdullah iaitu Sultan Iskandar Syah, Sultan Mansur Syah, Hang Tuah, Hang Jebat, Tun Perak dan Tun Sri Lanang. Manakala untuk kelab sukan dan permainan terdapat 15 buah iaitu Bola Sepak, Bola Jaring, Hoki, Sofbol, Bola Keranjang, Badminton, Sepak Takraw, Ping Pong, Catur, Bola Tampar, Tenis, Bola Baling, Olahraga, Petanq dan Ragbi.

Tahniah kepada Unit Sukan dan tidak lupa juga kepada penyelaras program Cikgu Alifah...
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan