Isnin, 25 Januari 2010

Bermulanya Minggu ke-empat


Mesyuarat AJK Sidang Ridaksi


Masuk minggu keempat dah hari ini. Tak lama lagi dah nak ke bulan Februari. Minggu ni minggu terakhir Januari bersama kita. SMK MA hari ni macam biasa.. Pagi tadi budak2 rumah sukan sidang petang sibuk berlatih untuk memantapkan pasukan masing2. Ya la sebab 8-9 Februari nanti acara sukantara akan dijalankan.

Mesyuarat AJK Sidang Redaksi Majalah Munshi juga dijalankan ptg tadi dengan dipengerusikan oleh Tn. Pengetua (En. Md. Ali bin Saed) Nampaknya semua AJK yang hadir menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada mesyuarat tadi.... Kali ini majalah kita masuk edisi ke -31.

Antara fokus mesyuarat tadi adalah dari segi konsep , perancangan dan cara bagaimana nak tambah sumber kewangan. Ha, nampaknya Cik gu Lem kenalah kerja keras sebab beliau ketua bahagian kewangan (cari iklan).

Sebelah petang latihan rumah sukan untuk sidang pagi pula dijalankan. Tahniah kepada yang hadir, walaupun cuaca agak panas ,namun kehadiran dan komitmen anda sangatlah dihargai. Kepada yang tidak hadir...... , silalah tunggu tindakan yang akan dikenakan. Sebenarnya murid2 yang tidak hadir aktiviti koku boleh dikenakan tindakan seperti mana mereka yang ponteng sekolah @ ponteng kelas dan juga boleh dimerit... Namun dengan adanya sistem penilaian markah koku, mereka yang tidak hadir tidak akan mendapat markah penuh kehadiran sebanyak 50 %. Jaga2ya......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan