Khamis, 14 Januari 2010

Aktiviti Koku bermula minggu hadapan

Kepada semua warga Munshi, saat yang ditunggu hampir tiba. Mulai Isnin hadapan, aktiviti koku akan bermula. Semua murid diharap dapat mengambil peluang untuk menonjolkan diri sebagai pemimpin utama bagi pasukan Rumah Sukan, Persatuan dan Kelab serta Unit Uniform pada sesi pemilihan AJK nanti.

Mesyuarat bersama ISSMA semalam - 4 jenis aktiviti ditawarkan kepada pelajar Munshi iaitu Biola, Tarian, Gendang dan Rebana.

Mesyuarat bersama Unit Sukan - SMK Munshi Abdullah diberi penghormatan untuk menjadi pasukan Sorak kepada Kontigen Johor dalam SUKMA bulan Jun nanti. Cikgu Alifah telah diberi tangungjawab untuk menjadi Pengurus kepada pasukan sorak ini bersama Cikgu Atiqah . Tahniah!

Kepada Pasukan Bola Jaring - harap dapat menyediakan pasukan yang kuat kerana pada tahun ini kita jadi pengelola kawasan. So, jangan bikin malu nanti.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan