Isnin, 18 Januari 2010

Bermulanya minggu ketiga (18-24 Januari,2010)

Cepat betul masa berlalu. Tup2 dah masuk minggu ke tiga. Kepada yang nak amek PMR/ SPM dan STPM tentu dah tak dapat nak balik semula ke minggu pertama dan kedua. Nasihat saya adalah anda perlu konsistenkan study disamping aktiviti2 yang makin sibuk.


Bermula hari ini (Isnin) aktiviti kokurikulum sudah dimulakan. Pagi tadi aktiviti rumah sukan untuk sidang petang berjalan dengan lancar sekali. Kehadiran sangat bagus. Syabas kepada guru-guru rumah sukan & ahli-ahli yang telah menunjukkan minat dan semangat .

Aktiviti rumah sukan pada sebelah petang juga dapat dijalankan dengan lancar. Semua rumah sukan (tiga rumah yang terlibat) telah dapat membuat pelantikan AJK masing-masing.

Hari ini juga mesyuarat AJK PIBG telah diadakan dari jam 2.30 - 5.30 ptg. Antara agenda utama adalah membincangkan pembinaan Surau sekolah. Nampaknya x lama lagi kita akan dapat surau baru. Jadi kepada mereka yang nak menderma sumbangan anda amatlah dihargai.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan