Rabu, 20 Januari 2010

Majlis Pelantikan AJK Persatuan & Kelab Berjalan Lancar











Perjumpaan kali pertama Unit Persatuan dan Kelab pada petang tadi berjalan dengan lancar hasil daripada kerjasama yang padu daripada Guru-guru Penasihat dan murid-murid Munshi yang hebat. Aktiviti bermula mulai jam 1.30 ptg dan tamat pada jam 3.00 ptg. Namun ada juga persatuan yang tamat sehingga ke jam 4.

Semua unit telah selesai menjalankan mesyuarat agung masing-masing, semoga mereka yang telah dilantik sebagai AJK dapat memainkan peranan masing-masing dengan berkesan.

Begitu juga dengan aktiviti Rumah Sukan dimana semua rumah telah selesai menjalankan pemilihan AJK. Untuk pengetahuan semua pada tahun ini pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memilih SMK Munshi Abdullah sebagai sekolah rintis bagi pelaksanaan Sukan Sekolah secara besar-besaran, maknanya kita harus menyambut dan menjalankan acara ini dengan meriah seperti Sukan Komanwel & Olimpik. Wah hebat tu! Jadi kerjasama semua sangatlah diharapkan bagi menjayakan aspirasi dan kepercayaan pihak kementerian.

Jom tengok gambar2 aktiviti minggu ni.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan