Sabtu, 30 Januari 2010

Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Unit Koku






Unit Koku, SMK Munshi Abdullah telah berjaya menganjurkan satu program khas kepada semua Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Persatuan / Kelab, Unit Uniform, Kelab Sukan & Permainan dan Rumah Sukan pada hari Sabtu mulai jam 8.00 pagi - 5.00 petang.

Kursus yang dilaksanakan ini adalah sebagai persediaan kepada semua AJK Tertinggi unit koku untuk memahami dan menghayati peranan dan tugas masing-masing dalam pelaksanaan aktiviti koku sepanjang tahun 2010.

Seramai 225 peserta terlibat dengan program ini. Aturcara program adalah seperti berikut :-

8.00 pg - Pendaftaran peserta
8.30 pg - Ice Breaking & Ceramah Kepimpinan oleh Unit Kaunseling
9.30 pg - Ceramah Pengurusan Kokurikulum oleh En. Mohd Yusri Seman
10.30 - 11.00 - Minum Pagi
11.00 - Ceramah Penubuhan & Perlembagaan Persatuan - Pn. Noraizah Maarof
11.30 pg - Ceramah Pengurusan Fail & Mesyuarat - Pn. Alifah Sharudin
12.00 - Penyediaan Kertas Kerja & laporan - Pn. Siti Salwa
12.30 - Penyediaan Takwim - Cik Kristil
1.00 - 2.00 - Makan Tengahari & Rehat
2.00-3.30 ptg - Bengkel & Pembentangan
3.30 - Rumusan - En. Ramli Tion
4.00 ptg - Majlis Penutup oleh En. Husin bin Chik , Ketua Unit Koku, JPM

Program telah dapat berjalan dengan jaya nya dan diharap semua peserta dapat menimba ilmu pengetahuan dan menambah keyakinan dalam memimpin unit masing-masing. Terima kasih kepada semua guru yang membantu menjayakan program, tidak lupa kepada Penyelaras program - Cik Kristil.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan