Ahad, 10 Januari 2010

Bermulanya minggu kedua sesi 2010

(Penerima Anugerah Tertinggi Skim Galakan Munshi 2009)

(En. Mohd Yusri bersama En. Sudirman di Seminar Tkn 6 Kebangsaan Subang Jaya)
(Sedang membentangkan kertas kerja P&P Sejarah)


Kepada semua peminat blog koku smk munshi abdullah. Apa khabar semua? Tengok Juara Lagu TV 3 semalam? Boleh tahan juga la budak2 yang nyanyi tu.

Sepanjang minggu ini beberapa program akan dijalankan. Anda boleh rujuk jadual berikut :-

Isnin : 1.40 ptg - Mesyuarat dan analisa PMR 2009. Syabas kepada Panitia Sejarah yang mencatat peningkatan lebih 3% dan lebih 32% dapat A.
- Taklimat kepada pelajar PPU (Tkn 6) mengenai aktiviti koku akan disampaikan oleh GPK KOKU di Dewan Sekolah .

Selasa - 1.40 ptg - Mesyuarat Kurikulum kali 1

Rabu - 1.40 ptg - Mesyuarat Unit Koku & HEM

Khamis - Program Sambutan Maal Hijrah (Masak Bubur Asyura & Ceramah Agama)

Untuk makluman semua aktiviti KOKU akan dimulakan minggu ke 3. Latihan Rumah Sukan akan bermula jam 3.00 ptg setiap Isnin dan Selasa. Kehadiran semua murid wajib. Mereka yang ponteng dianggap sama seperti ponteng sekolah dan akan dipotong markah (Demerit)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan