Ahad, 31 Januari 2010

Selamat Hari Wilayah (1 Februari, 2010)

Hanya Kuala Lumpur dan sekutunya sahaja yang cuti ya. Apa2pun Tahniah dari kami di SMK Munshi Abdullah, Melaka.

Hari ini hingga Khamis, ujian topikal dijalankan. Maka oleh sebab itu aktiviti sukan pun ditunda ke minggu hadapan. Namun begitu kepada mana2 unit yang hendak membuat perjumpaan @ aktiviti sila lah teruskan. Maklumlah AJK Tertinggi baru balik kursus, mesti ada banyak benda nak dilaksanakan dalam unit masing-masing. Pengumuman terbaru pagi tadi, Perjumpaan Persatuan & Kelab bagi kali kedua akan dijalankan spt biasa rabu ni....

Sekejap betul masa bergerak. Hari ni dah masuk ke bulan Februari (Minggu ke 5 beb). Kepada calon2 PMR/SPM/STPM jangan leka ya.

Untuk makluman semua acara Sukan Tara akan dijalankan pada hari Sabtu (6/2/2010). Murid sidang pagi mulai jam 8.00 pg manakala murid2 sidang petang mulai jam 2.30 ptg. Jadi , teruskan latihan supaya anda dapat melepasi kad kelayakan yang ditetapkan dan boleh bagi mata kepada rumah masing-masing.

Jumpa lagi......

Sabtu, 30 Januari 2010

Kelab Alam Sekitar Tawan Puncak Gunung Ledang


Ahli-ahli Kelab Alam Sekitar Yang Berjaya Dalam Ekspidisi Mendaki Gunung Ledang

Keindahan Alam di Puncak Gunung Ledang


Dari ketinggian 4000 kaki

Syabas Munshi

Cabaran Bermula

Seramai 7 orang ahli Kelab Alam Sekitar dan 2 orang guru telah berjaya menawan puncak Gunung Ledang pada 23-24 November lalu.

Ekspidisi yang diketuai oleh Dr. Lim Kok Seng dan En. Lee Hong Siong serta 7 orang pelajar Tingkatan Enam Rendah telah berjaya melaksanakan misi menawan puncak Gunung Ledang.

Kejayaan ahli kelab ini telah mendorong minat mereka untuk terus meneroka khazanah keindahan alam di gunung2 yang lain pula. Insya Allah, selepas ini puncak Gunung Kinabalu pula akan di tawan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka yang terlibat ..

Gambar-gambar sekitar Kursus Kepimpinan & Pengurusan Unit Koku

Ketua Unit Koku
En. Husin Chik merasmikan majlis penutup

Sesi pembentangan

Wah , hebat betul

Bersemangat

Letih ke

Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Unit Koku






Unit Koku, SMK Munshi Abdullah telah berjaya menganjurkan satu program khas kepada semua Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Persatuan / Kelab, Unit Uniform, Kelab Sukan & Permainan dan Rumah Sukan pada hari Sabtu mulai jam 8.00 pagi - 5.00 petang.

Kursus yang dilaksanakan ini adalah sebagai persediaan kepada semua AJK Tertinggi unit koku untuk memahami dan menghayati peranan dan tugas masing-masing dalam pelaksanaan aktiviti koku sepanjang tahun 2010.

Seramai 225 peserta terlibat dengan program ini. Aturcara program adalah seperti berikut :-

8.00 pg - Pendaftaran peserta
8.30 pg - Ice Breaking & Ceramah Kepimpinan oleh Unit Kaunseling
9.30 pg - Ceramah Pengurusan Kokurikulum oleh En. Mohd Yusri Seman
10.30 - 11.00 - Minum Pagi
11.00 - Ceramah Penubuhan & Perlembagaan Persatuan - Pn. Noraizah Maarof
11.30 pg - Ceramah Pengurusan Fail & Mesyuarat - Pn. Alifah Sharudin
12.00 - Penyediaan Kertas Kerja & laporan - Pn. Siti Salwa
12.30 - Penyediaan Takwim - Cik Kristil
1.00 - 2.00 - Makan Tengahari & Rehat
2.00-3.30 ptg - Bengkel & Pembentangan
3.30 - Rumusan - En. Ramli Tion
4.00 ptg - Majlis Penutup oleh En. Husin bin Chik , Ketua Unit Koku, JPM

Program telah dapat berjalan dengan jaya nya dan diharap semua peserta dapat menimba ilmu pengetahuan dan menambah keyakinan dalam memimpin unit masing-masing. Terima kasih kepada semua guru yang membantu menjayakan program, tidak lupa kepada Penyelaras program - Cik Kristil.


Rabu, 27 Januari 2010

SMK Munshi Abdullah Juara Kokurikulum DUN Ayer Keroh


Tahniah Munshi - Penerima Anugerah Cemerlang Sukan DUN Ayer Keroh


Syabas - Penerima Anugerah Pencapaian Cemerlang Kokurikulum DUN Ayer Keroh


Guru-Guru SMK Munshi Abdullah yang hadir Majlis Makan Malam bersama YAB Ketua Menteri Melaka


Biasala 2 hero Munshi


Pasukan Gendang Silat Munshi

Tahniah kepada Unit Kokurikulum yang telah diiktiraf oleh JK Panel Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama PIBG, Guru-guru DUN Ayer Keroh sebagai pemenang Anugerah Kokurikulum dan Sukan . Hadiah2 berupa sijil dan plak serta pakej lawatan sekitar Melaka telah disampaikan oleh YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam , Ketua Menteri Melaka dalam satu majlis makan malam yang diadakan di Dewan Seri Negeri malam tadi.


Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada kegemilangan kita pada tahun ini. Tahniah kepada semua warga Munshi yang berusaha keras untuk mencapai kejayaan ini...

Majlis Pelantikan Kapten Rumah Sukan dan Pengerusi Kelab Sukan & Permainan


Tahniah
























En. Mohd Yusri sedang memberikan kata2 semangat kepada murid2 Munshi


Tahniah

Rajin2 buat kerja ya!


Mesti Menang !


GPK Koku sedang mengumumkan nama 2 kapten

Perhimpunan rasmi kali keempat pada Selasa lepas telah diadakan khusus bagi majlis pelantikan kapten rumah sukan dan pengerusi kelab sukan dan permainan bagi sesi 2010. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tn. Pengetua, En. Md. Ali bin Saed. Beliau mengucapkan syabas kepada mereka yang telah dilantik dan berharap agar dapat memainkan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab bagi mempastikan matlamat untuk menjadi juara dapat dicapai.

Sebanyak enam buah rumah sukan terdapat di SMK Munshi Abdullah iaitu Sultan Iskandar Syah, Sultan Mansur Syah, Hang Tuah, Hang Jebat, Tun Perak dan Tun Sri Lanang. Manakala untuk kelab sukan dan permainan terdapat 15 buah iaitu Bola Sepak, Bola Jaring, Hoki, Sofbol, Bola Keranjang, Badminton, Sepak Takraw, Ping Pong, Catur, Bola Tampar, Tenis, Bola Baling, Olahraga, Petanq dan Ragbi.

Tahniah kepada Unit Sukan dan tidak lupa juga kepada penyelaras program Cikgu Alifah...
















Isnin, 25 Januari 2010

Bermulanya Minggu ke-empat


Mesyuarat AJK Sidang Ridaksi


Masuk minggu keempat dah hari ini. Tak lama lagi dah nak ke bulan Februari. Minggu ni minggu terakhir Januari bersama kita. SMK MA hari ni macam biasa.. Pagi tadi budak2 rumah sukan sidang petang sibuk berlatih untuk memantapkan pasukan masing2. Ya la sebab 8-9 Februari nanti acara sukantara akan dijalankan.

Mesyuarat AJK Sidang Redaksi Majalah Munshi juga dijalankan ptg tadi dengan dipengerusikan oleh Tn. Pengetua (En. Md. Ali bin Saed) Nampaknya semua AJK yang hadir menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada mesyuarat tadi.... Kali ini majalah kita masuk edisi ke -31.

Antara fokus mesyuarat tadi adalah dari segi konsep , perancangan dan cara bagaimana nak tambah sumber kewangan. Ha, nampaknya Cik gu Lem kenalah kerja keras sebab beliau ketua bahagian kewangan (cari iklan).

Sebelah petang latihan rumah sukan untuk sidang pagi pula dijalankan. Tahniah kepada yang hadir, walaupun cuaca agak panas ,namun kehadiran dan komitmen anda sangatlah dihargai. Kepada yang tidak hadir...... , silalah tunggu tindakan yang akan dikenakan. Sebenarnya murid2 yang tidak hadir aktiviti koku boleh dikenakan tindakan seperti mana mereka yang ponteng sekolah @ ponteng kelas dan juga boleh dimerit... Namun dengan adanya sistem penilaian markah koku, mereka yang tidak hadir tidak akan mendapat markah penuh kehadiran sebanyak 50 %. Jaga2ya......


Sabtu, 23 Januari 2010

Sabtu - Sekolah Ganti

Pelantikan AJK Kelab Catur

Kelab Hoki

Kelab Petanq


(Cikgu Ghani sedang menguruskan Kelab Bola Sepak)

Cik Yeo dengan budak2 Bola Jaring (Hi, sorang aja...)

Pasukan Tenis bersama Cikgu Judith

(Bakal 10A1 SPM 2010)

(Sapa nak jadi macam saya????)

Hari ini (Sabtu - 23/1/10) Sekolah ganti sebab nak cuti panjang Tahun Baru Cina nanti. Sebenarnya 2 kali kena ganti untuk Tahun Baru Cina , sekali lagi nanti pada 6/2/10.

Antara aktiviti hari ini adalah Ceramah Motivasi untuk calon2 SPM. Bagus juga sekali sekala dapat dengar ceramah ini untuk tingkatkan semangat & motivasi, tapi jangan hanya seperti curah air ke daun keladi sudah la . Tahniah pada Unit Kaunseling!!

Program kedua hari ini adalah mesyuarat agung kelab sukan & permainan. Ini dibuat untuk selaraskan keahlian murid2 dan juga untuk lantikan AJK.

Kepada pelajar PPU - kalau nak jadi sukarelawan SUKMA sila jumpa cikgu Toh Chew Hong (Guru Koku Tkn 6)

Aktiviti Minggu Hadapan (25-30 Januari, 2010)

a. Isnin - 1.40 ptg - Mesyuarat AJK Majalah
- 3.00 ptg - Latihan Rumah Sukan

b. Selasa - 7.30 pg - Majlis Pelantikan Ketua Rumah Sukan dan Pengerusi Kelab Sukan
- 1.40 ptg - Mesyuarat AJK Kursus Kepimpinan Unit Koku
- 3.00 ptg - Latihan Rumah Sukan

c. Rabu - 1.30-3.00 ptg - Perjumpaan Unit Uniform
2.30 ptg - Mesyuarat Penyelarasan antara Guru Penasihat Unit Koku dengan NGO yang terlibat dengan Unit Kokurikulum.

d. Sabtu - 8.00pg- 5.00 ptg - Kursus Kepimpinan Unit Koku

Aktiviti Koku Makin Rancak



Cikgu Azlisa dengan anggota Bombanya

Budak2 Taekwando bersama Cikgu Zaharah

Pasukan SJAM bersama Cikgu Low Lee Chuen

Khamis - 21 Jan,2010 - Tiba giliran murid2 sidang ptg untuk mengadakan perjumpaan. Kali ini unit Uniform telah membuat mesyuarat agung masing-masing. Walaupun agak rumit untuk mengendalikan aktiviti ini kerana pelbagai sebab (menentukan lokasi, murid yg ramai, dua sesi namun kecekapan Ckgu Noriah selaku penyelaras dan bantuna /kerjasama semua guru , masalah telah dapat diatasi. Tahniah. Jom tengok gambar bdk2 sidang ptg.


Rabu, 20 Januari 2010

Majlis Pelantikan AJK Persatuan & Kelab Berjalan Lancar











Perjumpaan kali pertama Unit Persatuan dan Kelab pada petang tadi berjalan dengan lancar hasil daripada kerjasama yang padu daripada Guru-guru Penasihat dan murid-murid Munshi yang hebat. Aktiviti bermula mulai jam 1.30 ptg dan tamat pada jam 3.00 ptg. Namun ada juga persatuan yang tamat sehingga ke jam 4.

Semua unit telah selesai menjalankan mesyuarat agung masing-masing, semoga mereka yang telah dilantik sebagai AJK dapat memainkan peranan masing-masing dengan berkesan.

Begitu juga dengan aktiviti Rumah Sukan dimana semua rumah telah selesai menjalankan pemilihan AJK. Untuk pengetahuan semua pada tahun ini pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memilih SMK Munshi Abdullah sebagai sekolah rintis bagi pelaksanaan Sukan Sekolah secara besar-besaran, maknanya kita harus menyambut dan menjalankan acara ini dengan meriah seperti Sukan Komanwel & Olimpik. Wah hebat tu! Jadi kerjasama semua sangatlah diharapkan bagi menjayakan aspirasi dan kepercayaan pihak kementerian.

Jom tengok gambar2 aktiviti minggu ni.....