Sabtu, 6 Februari 2010

Kemeriahan Sukantara 2010


Pasukan Tun Sri Lanang


Pasukan SIS


Pelajar berkumpul di tapak perhimpunan mini

Sehari sebelum acara sukan tara - kutip batu


bagi mempastikan tiada yang akan mendapat kecederaan

Acara Sukantara telah diadakan pada hari ini (Sabtu) mulai jam 8.30 pagi. Program yang bertemakan Sukan Untuk Semua ini merupakan salah satu acara wajib di setiap sekolah. Unit Sukan SMKMA telah berjaya menganjurkan acara sukantara ini dengan jayanya hasil komitmen dan kerjasama yang padu oleh setiap warga Munshi.

Aktiviti pada hari ini telah dimulakan dengan perhimpunan pagi di tapak perhimpunan mini bagi tujuan semakan kehadiran . Alhamdulillah, ramai pelajar datang pada hari ini.

Jam 7.45 pagi semua pelajar telah di arahkan ke padang. Taklimat Sukan disampaikan oleh Pn. Siti Salwa manakala taklimat disiplin oleh En. Alias .

Aktiviti pertama yang dijalakan adalah acara memanaskan badan. Ya la ini sangat penting sebagai persediaan atlit sebelum memulakan acara sukantara.

Setiap pelajar wajib menyertai tiga acara dalam sukantara ini. Acara-acara bagi pelajar lelaki adalah Larian 100m, Lompat Tinggi dan Lontar Peluru manakala bagi pelajar perempuan adalah larian 100m, lompat jauh dan lontar peluru.

Untuk memenangi acara sukantara ini, setiap rumah sukan perlu mengumpul mata mengikut pencapaian seluruh ahli . Misalnya dalam acara 100m, masa yang ditetapkan adalah 18 saat. Sekiranya semua ahli rumah dapat membuat larian di bawah 18 saat maka, mereka akan menyumbang mata kepada rumah masing-masing. Perlu ditegaskan di sini bahawa bagi acara sukantara ini, pungutan mata setiap ahli itulah yang memainkan peranan penting dalam mencapai kejayaan. Untuk itu semua ahli rumah berkenaan perlulah memastikan semua ahlinya hadir dan dapat memberikan sumbangan mata kepada rumah masing-masing.

Keputusan yang dicapai pada hari ini adalah seperti berikut :

Johan - Hang Tuah
Naib Johan -
Ketiga -
Keempat -
Kelima -
Keenam -

Akhir sekali saya ingin mangucapkan terima kasih kepada guru2 dan murid2 yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan aktiviti ini. Sekalung tahniah untuk Unit Sukan ........



Tiada ulasan:

Catat Ulasan