Selasa, 23 Februari 2010

Berita Koku Minggu ke- 8/2010

Salam Sejahtara dan Salam Satu Malaysia. Selamat kembali dari cuti Tahun Baru Cina. Perhimpunan hari ini berjalan dengan lancar. GPK Koku, En. Mohd Yusri bin Seman telah mengumumkan beberapa perkara mengenai aktiviti koku sepanjang minggu ini dan program bulan Mac nanti. Antaranya :

a. Syabas kepada pasukan nasyid yang telah berjaya mara ke peringkat akhir Nasyid Maulidur Rasul pada ahad ini di Auditarium Al Azim jam 9.00 malam.
b. Penglibatan pelajar dalam Kejohanan Renang MSSMNM
c. Maklumat tentang Sekolah Seni
d. Program Karnival Pendidikan 2010 - aktiviti2 yg disertai oleh SMMA antaranya ;
1. Pertandingan Kompang
2. Pertandingan Khat
3. Choral Speaking
4. Sayembara Puisi
5. Melukis
6. Tarian

e. Pelantikan QM (Quarter Master) juga telah dapat dilaksanakan oleh Tn. Pengetua, syabas kepada mereka yang telah terpilih.
f. Penyampaian Sijil kepada anggota Kadet Polis dalam kursus kenaikan pangkat dan kursus kepimpinan.

Untuk makluman semua acara Saringan akan dijalankan pada 3,4,5 Mac, 2010.
Aktiviti koku pada hari Rabu adalah Kelab dan Persatuan.

Keputusan STPM akan dikeluarkan pada hari Khamis ????
Hari Jumaat cuti sempena Sambutan Maulidur Rasul...
Ujian selaras bulan Mac ( 8-11 Mac) sila lah bersedia.....

Jumpa Lagi.....
PK KOKU...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan