Sabtu, 29 Mei 2010

Berita Kokurikulum Minggu Terakhir Penggal Pertama


(Cikgu Azilah sedang memberi panduan tentang persediaan menghadapi temuduga kepada pelajar-pelajar 6 Bawah)




(Mesyuarat Jabatan Angkat Sukma ke XIII)


(Latihan Pasukan Sorak SUKMA untuk Kontingen Johor)



(Aksi Team Petanq SMKMA)




Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Minggu ini merupakan minggu terakhir sebelum tirai penggal pertama tamat. Pencapaian aktiviti koku SMK Munshi Abdullah pada tahun ini agak kurang memberangsangkan. Ini mungkin ada kaitannya dengan kurangnya program peringkat kawasan. Namun demikian sekalung tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah mencipta kejayaan dalam pertandingan yang disertai antaranya :

Pasukan Skuasy - Naib Johan (L), Ketiga (P)
Pasukan Renang - Ketiga (L)
Sepak Takraw - Suku Akhir

Kepada pelajar-pelajar yang terpilih untuk mewakili MSSM Melaka & Sukma , berusahalah dengan gigih agar akan dapat mencapai kejayaan yang cemerlang.

Program Minggu Ini :

Isnin - Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Sekolah
Selasa - Mesyuarat AJK Jabatan Angkat & Pasukan Sorak SUKMA
Rabu - Aktiviti Kokurikulum Tkn 6 Bawah (Ceramah Bantuan Kecemasan oleh Cik Kristil)
Jumaat - Mesyuarat JK Jabatan Angkat SUKMA bersama Sekretariat, Unit Protokol, JKR , Jabatan Penerangan.

Karnival Kokurikulum akan diadakan pada 8 dan 9 Julai, 2010
Selamat Bercuti ......
Kepada yang bertugas untuk SUKMA (Sukarelawandan Jabatan Angkat & Pasukan Sorak) marilah sama-sama kita jayakan SUKMA ke XIII......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan