Sabtu, 29 Mei 2010

Berita Kokurikulum Minggu Terakhir Penggal Pertama


(Cikgu Azilah sedang memberi panduan tentang persediaan menghadapi temuduga kepada pelajar-pelajar 6 Bawah)




(Mesyuarat Jabatan Angkat Sukma ke XIII)


(Latihan Pasukan Sorak SUKMA untuk Kontingen Johor)



(Aksi Team Petanq SMKMA)




Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Minggu ini merupakan minggu terakhir sebelum tirai penggal pertama tamat. Pencapaian aktiviti koku SMK Munshi Abdullah pada tahun ini agak kurang memberangsangkan. Ini mungkin ada kaitannya dengan kurangnya program peringkat kawasan. Namun demikian sekalung tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah mencipta kejayaan dalam pertandingan yang disertai antaranya :

Pasukan Skuasy - Naib Johan (L), Ketiga (P)
Pasukan Renang - Ketiga (L)
Sepak Takraw - Suku Akhir

Kepada pelajar-pelajar yang terpilih untuk mewakili MSSM Melaka & Sukma , berusahalah dengan gigih agar akan dapat mencapai kejayaan yang cemerlang.

Program Minggu Ini :

Isnin - Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Sekolah
Selasa - Mesyuarat AJK Jabatan Angkat & Pasukan Sorak SUKMA
Rabu - Aktiviti Kokurikulum Tkn 6 Bawah (Ceramah Bantuan Kecemasan oleh Cik Kristil)
Jumaat - Mesyuarat JK Jabatan Angkat SUKMA bersama Sekretariat, Unit Protokol, JKR , Jabatan Penerangan.

Karnival Kokurikulum akan diadakan pada 8 dan 9 Julai, 2010
Selamat Bercuti ......
Kepada yang bertugas untuk SUKMA (Sukarelawandan Jabatan Angkat & Pasukan Sorak) marilah sama-sama kita jayakan SUKMA ke XIII......

Sambutan Hari Guru 2010


(En. Mohd Yusri Seman membacakan perutusan Hari Guru KPPM)


(Perutusan YB Menteri Pelajaran oleh Datin Hamidah Hassan)


(Ucapan Tn Pengetua Kanan - En. Md. Ali Saed)


(Ikrar Guru)


(Nyanyian Lagu Guru Malaysia)












Pada 17 Mei, 2010 sambutan hari guru seluruh negara telah diadakan. Tema perayaan pada tahun ini adalah Guru Pembina Negara Bangsa. Acara dimulakan dengan perarakan guru-guru ke tapak perhimpunan di padang dengan iringan paluan pasukan kompang D'Wangsa.
Aturcara Majlis adalah seperti berikut :-

Ucapan aluan pengacara majlis
Ucapan Ketua Murid
Perutusan KPPM oleh En.Mohd Yusri Seman
Perutusan MP oleh Yg. Bhg. Datin Hjh Hamidah Hassan
Ucapan Pengetua
Ikrar Guru
Nyanyian Lagu oleh Guru-guru
Persembahan Pelajar
Penyampaian Anugerah Guru

Bagi menambah seri lagi, acara sukaneka dan perlawanan bola jaring & futsal antara guru juga telah diadakan.

Kepada Kelab Guru , Badan Pengawas dan AJK yang terlibat , terima kasih, tahniah....

Ahad, 9 Mei 2010

Kursus Pelancongan Koperasi Sekolah







Satu lagi bentuk kerjasama Angkasa dengan Koperasi SMKMA telah dijayakan. Kali ini ahli-ahli koperasi sekolah telah diberikan pendedahan tentang selok belok Program pelancongan pelajar. Idea untuk membentuk pasukan ini terhasil setelah melihat bagaimana SMKA(P) Kangar bertindak menjadi hos dalam program lawatan ALK pada bulan April yang lalu.

Seramai 40 orang pelajar terlibat dalam kursus ini, dan kursus ini telah berlangsung selama dua hari (7,8 Mei, 2010). Terimakasih kepada Pn. Laili dari Angkasa pusat yang telah mengemudikan kursus ini.

Berita Kokurikulum (3-8 Mei, 2010)






Program anjuran Koperasi SMK Munshi Abdullah & Angkasa Pusat (Kursus Keterampilan Diri) telah diadakan khusus untuk pemimpin2 persatuan dan ALK sekolah. Terima kasih kepada En. Rosli yang telah menjalankan program ini.



Antara aktiviti menarik yang berlaku pada minggu ini adalah Kejohanan Merentas Desa yang telah dijalankan pada hari Rabu lepas. Tahniah kepada pasukan Tun Sri Lanang yang telah menyapu bersih kategori L/P dan muncul sebagai Johan Keseluruhan.

Selasa, 4 Mei 2010

Perhimpunan Rasmi Kali ke-11

Perhimpunan pagi ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Usaha Tetap Jaya. Seterusnya bacaan ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah oleh Ketua Pengawas.
Ulasan buku telah dilakukan oleh dua pelajar iaitu buku mengenai Pertahanan Diri. Penyampaian hadiah untuk program Minggu Bahasa Arab & Cina serta program kitar semula juga dilakukan oleh Dr. Lim Kok Seng.
Dalam ucapan pentadbir, En. Mohd Yusri Seman (GPK KOKU) telah mengingatkan pelajar2 mengenai beberapa perkara iaitu :-
a. Tingkahlaku & disiplin
b. Pemantauan Sektor Akademik JPM pada 12/5/2010
c. Peperiksaan Pertengahan Tahun
d. Program Merentas Desa pada 5/5/2010

Selamat Maju Jaya untuk semua warga Munshi..