Jumaat, 12 Mac 2010

Selamat Bersara : Pn. Hjh. Sarah bte Wahab (1987-2010)

Jumaat : (12/3/2010) SMK Munshi Abdullah kehilangan seorang guru yang sangat dedikasi, berwibawa dan ibarat permata yang sukar dicari ganti iaitu Pn. Hjh. Sarah Wahab kerana telah bersara (56 tahun). Peribadi cikgu Sarah amat disenangi oleh semua warga Munshi. Kami warga Munshi ingin mengucapkan terima kasih atas segala sumbangan dan jasa bakti cikgu dalam mendidik anak2 Munshi sehingga berjaya.


Bagi unit koku, saya ucapkan jutaan terima kasih atas segala kerjasama dan komitmen yang tinggi khususnya dalam pasukan Catur, Kelab Penyayang (satu ketika dulu) , Kelab Setia, dan yang terakhir Kelab Rukun Negara. Terima kasih atas segalanya. Mudah-mudahan segala jasa diberkati Allah SWT. Selamat Bersara.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan