Khamis, 27 Ogos 2009






Kejohanan Pencak Silat Sekolah-sekolah Menengah Negeri Melaka juga telah diadakan di SMK Munshi Abdullah pada 6-9 Julai, 2009. Sebanyak 40 buah sekolah rendah dan menengah telah mengambil bahagian. Antara acara yang dipertandingkan adalah Silat Olahraga, Silat Seni dan Gendang Silat.

Acara perasmian dan pembukaan gelanggang telah dilakukan oleh En. Md. Ali bin Saed, Pengetua Kanan SMK Munshi Abdullah manakala majlis penutup telah disempurakan oleh Tn.Hj. Daud Abdull, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan dan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Melaka.



Kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan kejohanan ini, terima kasih diucapkan dan kepada sekolah yang menang, tahniah dan syabas diucapkan.





Sabtu, 22 Ogos 2009

KARNIVAL KOKURIKULUM 2009











Karnival Kokurikulum SMK Munshi Abdullah telah bermula dari 23 hingga 27 Jun 2009. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada tahun ini adalah Karnival Sukan Munshi , Program Ceramah Kerjaya anjuran unit Kaunseling, Sambutan Hari Koperasi Sekolah, Perkhemahan Perdana Unit Beruniform , Gerai Jualan dan Pelancaran Program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia (Atham).














Acara kemuncak adalah pelancaran ATHAM oleh Tan Sri Asiah Abu Samah, mantan KPPM dan Pesuruhjaya Suhakam.














Kepada semua pihak yang telah mengambil bahagian dan memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini , tahniah dan syabas diucapkan.