Khamis, 31 Disember 2009

SELAMAT KEMBALI KE SESI 2010.

Kepada semua warga SMK Munshi Abdullah, selamat kembali semula menunaikan tugas bagi sesi 2010. Mesyuarat guru bil 1/10 selesai semalam jam 12.30 ptg. Semoga semua maklumat dan tugasan 2010 dapat dihayati dan dilaksanakan dengan jaya.

Aktiviti koku akan bermula minggu ketiga. Maklumat lanjut akan diberikan tidak lama lagi.


Selasa, 24 November 2009

Selamat Bercuti Kepada Semua Warga Munshi

Kepada semua warga SMK Munshi Abdullah, Melaka, saya ucapkan selamat bercuti. Semoga semua dapat memanfaatkan cuti panjang ini dengan aktiviti yang berfaedah. Saksikanlah gambar-gambar aktiviti koku di bawah ini. Jangan lupa beri komen untuk kebaikan bersama.



Khamis, 27 Ogos 2009






Kejohanan Pencak Silat Sekolah-sekolah Menengah Negeri Melaka juga telah diadakan di SMK Munshi Abdullah pada 6-9 Julai, 2009. Sebanyak 40 buah sekolah rendah dan menengah telah mengambil bahagian. Antara acara yang dipertandingkan adalah Silat Olahraga, Silat Seni dan Gendang Silat.

Acara perasmian dan pembukaan gelanggang telah dilakukan oleh En. Md. Ali bin Saed, Pengetua Kanan SMK Munshi Abdullah manakala majlis penutup telah disempurakan oleh Tn.Hj. Daud Abdull, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan dan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Melaka.



Kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan kejohanan ini, terima kasih diucapkan dan kepada sekolah yang menang, tahniah dan syabas diucapkan.





Sabtu, 22 Ogos 2009

KARNIVAL KOKURIKULUM 2009











Karnival Kokurikulum SMK Munshi Abdullah telah bermula dari 23 hingga 27 Jun 2009. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada tahun ini adalah Karnival Sukan Munshi , Program Ceramah Kerjaya anjuran unit Kaunseling, Sambutan Hari Koperasi Sekolah, Perkhemahan Perdana Unit Beruniform , Gerai Jualan dan Pelancaran Program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia (Atham).














Acara kemuncak adalah pelancaran ATHAM oleh Tan Sri Asiah Abu Samah, mantan KPPM dan Pesuruhjaya Suhakam.














Kepada semua pihak yang telah mengambil bahagian dan memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini , tahniah dan syabas diucapkan.






Ahad, 7 Jun 2009

AKTIVITI KOKURIKULUM PENGGAL 1

























































































































Silalah lihat gambar-gambar aktiviti koku sepanjang penggal pertama ,2009. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan semua program.

AKTIVITI KOKU PENGGAL II

AKTIVITI KOKU BULAN JUN

Karnival Koku akan diadakan mulai 22 Jun 2009. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah Karnival Sukan, Ceramah oleh JKJR, Hari Koperasi Sekolah, Karnival Jualan dan pelbagai aktiviti yang menarik.
Kejohanan Pencak Silat Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah Negeri Melaka akan diadakan pada 6-9 Julai, 2009 di Komplek Belia, Air Keroh.

clip video koku munshi

Dapatkan maklumat lanjut unit koku smk munshi melalui video clip ini...


Sabtu, 11 April 2009