Salam sejahtera dan salam 1 Munshi......., Cepat betul masa berlalu. Dah pun ke bulan ke tiga bagi tahun 2010. Macamana dengan semangat perjuangan anda semua...?
Minggu ini beberapa aktiviti koku akan diteruskan.
Isnin:-
a. Latihan Rumah Sukan sidang petang - mulai jam 9.00 pagi
b. Mesyuarat AJK Kursus Kawat Kaki diadakan jam 1.30 th di Bilik Gerakan.
c. Latihan Rumah Sukan mulai jam 3.30 ptg.
Selasa :-
a. Latihan Rumah Sukan Sidang Pagi - mulai jam 9.00 pagi
a. Taklimat Kejohanan Sukan & Saringan jam 1.30 di Bilik Gerakan
b. Latihan Rumah Sukan mulai jam 3.30 ptg.
Rabu :-
a. Acara -acara saringan sidang petang & tarik tali - mulai jam 8.30 pg.
b. Perjumpaan Unit Uniform - jam 1.30 ptg.
c. Acara-acara saringan sidang pagi - mulai jam 3.30 ptg.
Khamis :-
a. Acara-acara saringan sidang petang - mulai jam 8.30 pg.
b. Acara - acara saringan & Tarik tali - mulai jam 3.30 ptg.
Jumaat :-
a. Acara Lempar Cakera & Rejam Lembing Akhir .
b. Ptdgn Sayembara Puisi & Lagu di MITC
Sabtu :-
8.00 pg - Kursus Kawat Kaki Unit Beruniform.
Ahad :
8.30 pg - Pertandingan Tarian & Kompang di MITC
** Karnival Pendidikan Melaka
Sabtu, 27 Februari 2010
Selasa, 23 Februari 2010
Berita Koku Minggu ke- 8/2010
Salam Sejahtara dan Salam Satu Malaysia. Selamat kembali dari cuti Tahun Baru Cina. Perhimpunan hari ini berjalan dengan lancar. GPK Koku, En. Mohd Yusri bin Seman telah mengumumkan beberapa perkara mengenai aktiviti koku sepanjang minggu ini dan program bulan Mac nanti. Antaranya :
a. Syabas kepada pasukan nasyid yang telah berjaya mara ke peringkat akhir Nasyid Maulidur Rasul pada ahad ini di Auditarium Al Azim jam 9.00 malam.
b. Penglibatan pelajar dalam Kejohanan Renang MSSMNM
c. Maklumat tentang Sekolah Seni
d. Program Karnival Pendidikan 2010 - aktiviti2 yg disertai oleh SMMA antaranya ;
1. Pertandingan Kompang
2. Pertandingan Khat
3. Choral Speaking
4. Sayembara Puisi
5. Melukis
6. Tarian
e. Pelantikan QM (Quarter Master) juga telah dapat dilaksanakan oleh Tn. Pengetua, syabas kepada mereka yang telah terpilih.
f. Penyampaian Sijil kepada anggota Kadet Polis dalam kursus kenaikan pangkat dan kursus kepimpinan.
Untuk makluman semua acara Saringan akan dijalankan pada 3,4,5 Mac, 2010.
Aktiviti koku pada hari Rabu adalah Kelab dan Persatuan.
Keputusan STPM akan dikeluarkan pada hari Khamis ????
Hari Jumaat cuti sempena Sambutan Maulidur Rasul...
Ujian selaras bulan Mac ( 8-11 Mac) sila lah bersedia.....
Jumpa Lagi.....
PK KOKU...

Jumaat, 12 Februari 2010
Selamat Tahun Cina ( Tahun Harimau)
Kepada yang lain, khususnya murid2 tkn 3,5 dan 6 atas gunakanlah cuti seminggu ini untuk membuat ulangkaji kerana pada 8-11 Mac, ujian selaras akan dijalankan di seluruh negeri Melaka.
Sampai Jumpa lagi.......
GPK Kokurikulum......
Khamis, 11 Februari 2010
Sekitar Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar SMK Munshi Abdullah
Majlis pelantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ahli Lembaga Koperasi dan Pengawas Asrama telah berjalan dengan lancar pagi tadi. Kehadiran Yg. Bhg. Dato Sri Ibrahim Jaapar, Ketua Pengarah Kastam Malaysia yang juga merupakan bekas pelajar SMK Munshi Abdullah (1970/71) telah menyuntik semangat para pemimpin pelajar untuk berkhidmat dengan lebih bersungguh-sungguh . Dato Ibrahim dalam amanatnya telah mengimbau sejarah silamnya di SMK Munshi Abdullah dan telah memberikan beberapa panduan kepada pelajar untuk berjaya dan menjadi pemimpin yang berkesan.
Dato Ibrahim juga telah melancarkan program Nilam bagi tahun 2010, moga2 pada tahun ini program ini akan dapat berjalan dengan jayanya...
Bagi pihak SMK MA, terima kasih diucapkan kepada Dato, moga2 pada masa akan datang Dato sudi untuk datang ke SMKMA.

Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar SMK Munshi Abdullah
Berita Semasa Unit Koku - Minggu Ke-6
Saudara Asyraf - menerima sijil program Rakan Muda Rakan Kecergasan
Program Bersama Jabatan Belia (5-7 Februari, 2010)
Program Bersama Jabatan Belia (5-7 Februari, 2010)
Wakil Pasukan Sultan Iskandar Syah - Johan Acara Sukantara
Minggu ini masuk minggu ke enam persekolahan 2010. Aktiviti kokurikulum makin rancak dengan program2 peringkat sekolah mahupun negeri. Acara Sukantara selesai sudah . Keputusan nya adalah seperti berikut :-
Johan Kategori Lelaki - Hang Tuah
Johan Kategori Perempuan - Sultan Iskandar Syah
Johan Keseluruhan - SIS - 505 mata
Naib Johan - HT - 488 mata
Ketiga - TP - 457 mata
Keempat - SMS - 448 mata
Kelima - HJ - 409 mata
Keenam - TSL - 408 mata
Kepada SIS tahniah kerana menjadi Juara, bagi TSL tingkatkan usaha pasukan anda......
Pada hari Sabtu Kelab Setia telah mengambil bahagian Pertandingan Puzzle 1 Malaysia - Pasukan Munshi muncul Naib Juara . Tahniah kepada para peserta iaitu - Chong Jia Ming (6AF1), Chin Teck Jiang (6AF1, Rashidi Samsudin (6AS2) Tidak lupa juga kepada Guru Penasihat - Tn. Hj. Husin Awang.

Sabtu, 6 Februari 2010
SUKANTARA SMK MUNSHI ABDULLAH 2010
Kemeriahan Sukantara 2010
Acara Sukantara telah diadakan pada hari ini (Sabtu) mulai jam 8.30 pagi. Program yang bertemakan Sukan Untuk Semua ini merupakan salah satu acara wajib di setiap sekolah. Unit Sukan SMKMA telah berjaya menganjurkan acara sukantara ini dengan jayanya hasil komitmen dan kerjasama yang padu oleh setiap warga Munshi.
Aktiviti pada hari ini telah dimulakan dengan perhimpunan pagi di tapak perhimpunan mini bagi tujuan semakan kehadiran . Alhamdulillah, ramai pelajar datang pada hari ini.
Jam 7.45 pagi semua pelajar telah di arahkan ke padang. Taklimat Sukan disampaikan oleh Pn. Siti Salwa manakala taklimat disiplin oleh En. Alias .
Aktiviti pertama yang dijalakan adalah acara memanaskan badan. Ya la ini sangat penting sebagai persediaan atlit sebelum memulakan acara sukantara.
Setiap pelajar wajib menyertai tiga acara dalam sukantara ini. Acara-acara bagi pelajar lelaki adalah Larian 100m, Lompat Tinggi dan Lontar Peluru manakala bagi pelajar perempuan adalah larian 100m, lompat jauh dan lontar peluru.
Untuk memenangi acara sukantara ini, setiap rumah sukan perlu mengumpul mata mengikut pencapaian seluruh ahli . Misalnya dalam acara 100m, masa yang ditetapkan adalah 18 saat. Sekiranya semua ahli rumah dapat membuat larian di bawah 18 saat maka, mereka akan menyumbang mata kepada rumah masing-masing. Perlu ditegaskan di sini bahawa bagi acara sukantara ini, pungutan mata setiap ahli itulah yang memainkan peranan penting dalam mencapai kejayaan. Untuk itu semua ahli rumah berkenaan perlulah memastikan semua ahlinya hadir dan dapat memberikan sumbangan mata kepada rumah masing-masing.
Keputusan yang dicapai pada hari ini adalah seperti berikut :
Johan - Hang Tuah
Naib Johan -
Ketiga -
Keempat -
Kelima -
Keenam -
Akhir sekali saya ingin mangucapkan terima kasih kepada guru2 dan murid2 yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan aktiviti ini. Sekalung tahniah untuk Unit Sukan ........

Khamis, 4 Februari 2010
LAWATAN DATUK SRI NAJIB TUN RAZAK KE MELAKA
Rakyat negeri Melaka berasa amat bangga atas kehadiran YAB Datuk Seri Najib Tun Razak ke negeri Melaka Bandaraya Warisan pada hari Khamis (semalam). Beliau tiba dari Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat jam 9.30 pagi dan disambut dengan meriah oleh rakyat Melaka di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam.
Kami warga SMK Munshi Abdullah turut berasa bangga kerana kedudukan sekolah yang sangat dekat dengan lapangan terbang tersebut dan turut sama menyambut kedatangan YAB Perdana Menteri.
YAB PM dan ahli rombongan juga telah melintasi sekolah kami dalam perjalanannya melawat sekitar negeri Melaka. Kepada YAB , tahniah dan terima kasih. Moga2 pimpinan YAB akan terus mendapat sokongan rakyat seluruh negara. 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan..

Selasa, 2 Februari 2010
Perjumpaan G10 bersama YB Datuk Latif (Pengerusi Tabung Kenangan Munshi Abdullah)
Selasa : 2 Februari, 2010 - Satu perjumpaan antara Kumpulan Pentadbir SMKMA (G10) bersama Pengerusi Tabung Kenangan YB Datuk Abd. Latiff Thamby Chik telah diadakan di Hotel Grand Continental pada jam 4.30 ptg. Dalam pertemuan yang berlangsung dengan mesra itu beberapa cadangan dan program dapat dibincangkan. YB Datuk pada dasarnya menyokong apa jua program sekolah khususnya peningkatan akademik.
Tahniah kepada G10 atas usaha murni ini demi kecemerlangan Munshi Abdullah....
Tahniah kepada G10 atas usaha murni ini demi kecemerlangan Munshi Abdullah....
Langgan:
Catatan (Atom)